Sunday 7 October 2012

ANDAI INI TAKDIRNYA

Assalamualaikum...

8 Oktober 2012... lagi 4hari saya akan meninggalkan opis ni...hampir 4tahun sy disini...banyak kenangan yg tersimpan..pahit manis dengan teman² disini.. (",) sy harap ada rezeki yg lebih baik utk sy diluar nanti... (amin) anyway..,thanks a lot to kak ila,kak rehan,mimie,tisa,nora,fiza,kak fida n sume yg ade la... thanks sbb byk beri tunjuk ajar & sentiasa disisi ketika susah senang... (",) sayang korang sgt²!!!!
thanks to mr.boss (even dia tak ley bace blog ni! ) sbb banyak ajar sy mengenai kerja² perkapalan ni... :)
kesempatan ni saya nak minta ampun n maaf kat korang sume if terkasar bahasa tersilap kata...kan da nak nangis!! :(
gonna be miss u alls!!!mmuuaahhh!!!

                                             sure sy akan rindukan meja sy yg serabut ni!! :(


                                         kak ila!!!dia la yg byk ajar sy erti kehidupan sebenar!!

Friday 28 September 2012

12 perkara tentang Aaron Aziz yang perlu anda tahu


12 perkara tentang Aaron Aziz yang perlu anda tahu


Aaron Aziz kini merupakan satu nama besar dan popular di industri hiburan tempatan. Pelakon yang berasal dari Singapura ini membintangi beberapa buah filem yang telah mendapat tempat dihati peminat tempatan seperti contoh KL Gangster dan Ombak Rindu. Jika anda peminat Aaron Aziz, 12 perkara mengenai pelakon ini perlu anda tahu. Jangan buang masa, jom cekidot!


1. Stage fright. Aaron seorang yang takut bila berada di atas pentas.


2. Sebelum makan, Aaron akan suapkan dulu kucing peliharaannya dengan sudu.


3. Suka tengok binatang sehingga dipanggil Animal Planet oleh rakan-rakannya.


4. Pelakon Ombak Rindu ini mengakui seorang yang sangat pemalu dan berat mulut.


5. Orang selalu ingat Aaron seorang yang moden kerana berasal dari Singapura, namun sebenarnya beliau seorang yang konservatif. Aaron mengakui dia ‘old fashion’ dan masih mengikut adat.


6. Tidak gemar makan sayur bunga seperti brokoli dan kobis. Beliau mengakui hanya makan sayuran hijau sahaja.


7. Aaron gemar muzik yang universal dan tidak hanya pada satu genre sahaja.


8. Pelakon Nora Elena ini benci membeli-belah. Semua kelengkapan Aaron akan dibeli oleh isterinya, Diana.


9. Seorang yang protektif. Pantang jika ada orang marah anaknya walaupun isterinya sendiri. Jika berlaku, Aaron akan memarahi balik isterinya. Difahamkan, hanya Aaron seorang sahaja yang boleh marah anak-anaknya.


10. Pelakon KL Gangster ini susah nak mempercayai orang lain.


11. Ketika di Singapura, Aaron selalu bertukar-tukar kerja. Aaron pernah menjadi aircond technician, bowling specialist, agen insurans, agen rumah, penjual kereta dan pelayan restoran.


12. Tidak suka makan sushi.

oh my seth!!oh my haris!oh my adam!!

Wednesday 26 September 2012

PETUA MENGILANGKAN PARUT JERAWAT

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl 

Masalah jerawat adalah masalah yg merisaukan kita khususnya untuk kaum wanita.Disini in ingin berkongsi sedikit petua untuk mengatasainya.Sama-samalah kita mengamalkannya.Ianya menjimatkan dan senang...


Cubalah.... :)


Hilangkan Jerawat Halus
Seringkali jerawat halus ini menganggu fikiran kita. Walaupun tidak kelihatan jelas namun kulit muka masih menggerutu. Untuk mangatasi masalah ini ambil dua sudu tepung ubi. Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Biar kelihatan pekat. Simpan dalam pei sejuk selama 1/2 jam. Sebelum tidur pakai sebagai mask/topeng.


Menghilangkan Bekas Jerawat
Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.


Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.


Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.


Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.


Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.


Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.


Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.




Menghilangkan Jerawat
Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .


Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.


Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.


Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.


Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.


Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.


Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.


Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.


Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.


lagi petua...


1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih.


2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah


3. Bersihkan wajah dengans empurna setiap kali selepas mengunakan mekap


4. Cuci wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yangs esuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.


5. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi.


6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! Memicit jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.


7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang kotor. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.


8. Hentikan menggunakan mekap ketika wajah masih berjerawat.


9. Sering berganti tuala pengelap wajah pastikan tuala tersebut lembut dan bersih


10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.


11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang longgar, ringan dan dapat menyerap peluh.


12. Kurangkan memakai skarf dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu


13. Dapatkan nasihat doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan


14. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.


dan lagi...


Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.


Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.


Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.


Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.


Punca jerawat.
Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.


Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.


Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.


Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.


Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.


Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.


Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.


Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.


Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.


Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.


Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.


Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.


Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.


Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. 


Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.


Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.


Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".


Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.


Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.


Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.


Rawatan Untuk Jerawat.


Liang yang tersumbat harus dibuka.
Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.


Mengurangkan jangkitan bakteria.
Menggunakan ubat antibiotik "oral" seperti tetracycline, erythromycin boleh dimulakan jika rawatan awal untuk jerawat tidak berkesan. Antibiotik dalam bentuk krim seperti clindamycin dan lain-lain boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat yang baru jika tidak mahu menggunakan ubat antibiotik "oral".


Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket